Kem Nikmat Membaca

 

Nama Aktiviti Kem Nikmat Membaca
Tempat Dewan + Bilik Darjah
Tarikh 29.05.2012(Selasa)
Ulasan Aktiviti

Pihak sekolah telah mengadakan Kem Nikmat Membaca mulai pukul 8.30 pagi hingga pukul 9 malam di dewan sekolah. Tujuan Kem membaca ini ialah mendedah murid-murid tentang cara membaca buku yang berkesan, menikmati proses membaca dan seterusnya mengongsikan ilmu dan pengetahuan yang diperolehi daripada bahan bacaan.

Pihak sekolah juga menjemput bekas murid sekolah balik ke sekolah untuk bersama-sama merancang dan membantu guru-guru menjalankan aktiviti-aktiviti.

Selain itu, sekolah kami turut mengundang semua AJK Jemaah Pengurus dan PIBG serta ibu bapa menghadiri Kem membaca ini untuk menyaksikan persembahan pentas yang direka oleh peserta. Lebih-lebih lagi, ibu bapa dapat memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak mereka.

Gambar Aktiviti

A)Perbincangan aktiviti oleh golongan bekas murid:

IMG_4825 IMG_4832 IMG_4830

B)Situasi Kem Membaca dijalankan:

IMG_4842 IMG_4851 IMG_4864
IMG_4870 IMG_4879 IMG_4867
IMG_4891 IMG_4892 IMG_4901
IMG_4933 IMG_4943 IMG_4955
IMG_4998 IMG_5002 IMG_5008

sambungan »

Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Bercerita dan Bersyarahan Tribahasa Tahun 2012

 

Nama Aktiviti Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Bercerita dan Bersyarahan Tiga Bahasa (peringkat sekolah)
Tempat Dewan Sekolah
Ulasan Aktiviti

Pada bulan Mac hingga Mei 2012,sekolah kami telah mengadakan pertandingan mendeklamasi sajak, bercerita dan bersyarahan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Tujuan mengadakan pertandingan ini adalah menggalakkan sifat keberanian murid menaik ke pentas untuk mempersembahkan sajak, bercerita mahupun bersyarahan secara individu atau berkumpulan. Di samping itu, melalui aktiviti ini diharapkan bakat dan minat pembelajaran tribahasa dapatlah dipupuk dari semasa ke semasa.

Gambar Aktiviti

 

A)Pertandingan mendeklamasi sajak, bercerita dan bersyarahan dalam Bahasa Melayu.

Tarikh: 03.03.2012

P1030859
P1030851
P1030854
P1030920
P1030871
P1030922
P1030902
P1030863
P1030889

sambungan »

Kempen Anti-Dadah Tahun 2012

 

Nama Aktiviti Kempen Anti-dadah Tahun 2012 Peringkat Sekolah
Tarikh 03.03.2012 (Sabtu)
Tempat Dewan + Bilik Darjah
Ulasan Aktiviti

Pihak sekolah telah menurut saranan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat, mengadakan kempen anti-dadah peringkat sekolah seperti mana yang disasarkan dalam surat rasmi. Tujuan kempen diadakan adalah meningkatkan tahap kesedaran murid tentang bahayanya penyalahgunaan dadah dan keseriusan dendaan memiliki dadah. Pihak sekolah menyeru semua warga sekolah dapat menjauhi dadah dan mengamalkan gaya hidup yang sihat tanpa ancaman dadah. Berikut ialah aktiviti-aktiviti yang dilaksakan sempena kempen ini:

Gambar Aktiviti

A)Pembacaan Ikrar Anti-dadah

IMG_4686 IMG_4687
B)Ucapan Perasmian kempen
   Anti-dadah
C)Ceramah Kesedaran Anti-
    dadah
IMG_4702 IMG_4694

D)Pertandingan Mewarna Lukisan Anti-dadah

(Tahun 1-3)

P1030801

P1030803

P1030800 P1030844

E)Pertandingan Melukis Poster (Tahun 4-6)

P1030786

P1030841

P1030830 P1030826

 

Sambutan Tahun Baru Cina 2012

 

Nama Aktiviti Sambutan Tahun Baru Cina 2012 Peringkat Sekolah
Tarikh 20.01.2012 (Jumaat)
Tempat Dewan sekolah + Bilik Darjah
Ulasan Aktiviti

Menjelang ketibaan Tahun Baru Cina 2012 (Tahun Naga), pihak sekolah telah mengaturkan pelbagai aktiviti yang meriah kepada semua warga sekolah untuk sama-sama menyambut hari perayaan yang cukup bermakna ini. Berikut adalah berbagai-bagai jenis kegiatan khas yang telah diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina:

Gambar Aktiviti

A)Pertandingan Mewarna (Tahun 1-3)  

P1030288

P1030328

P1030340

B)Pertandingan Melukis (Tahun 4-6)

P1030298

P1030318

P1030320

C)Aktiviti Bergerombolan (Tahun 1-6)
P1030357 P1030374 P1030375
D)Persembahan Nyanyian Lagu Raya:  
P1030392 P1030396 
E)Pemberian Hadiah Raya:  
P1030412 P1030413
P1030416 P1030419

Hasil kerja murid yang terbaik:
P1030406

Pertandingan Ping Pong MSSC Zon Pintas Puding 2012

 

Nama Aktiviti Pertandingan Ping Pong MSSC Zon Pintas Puding
Tarikh 18.01.2012 (Rabu)
Tempat SJK(C) Panchor, Batu Pahat
Ulasan Aktiviti

Pihak sekolah kami telah memilih dan menghantar 2 orang murid lelaki untuk mewakili sekolah menyertai Pertandingan Ping Pong Zon Pintas Puding Tahun 2012 yang ditempatkan di SJK(C) Panchor, Batu Pahat. Acara pertandingan ping pong ini merupakan salah satu acara sukan yang disertai oleh pihak sekolah kami setiap tahun. Matlamat penyertaan pertandingan ini adalah mencungkil bakat murid-murid yang berminat dan berpotensi dalam acara ping pong, seterusnya memberi latihan dan tunjuk ajar kepada mereka agar dapat meningkatkan dan memantapkan teknik permainan pada diri mereka.

Kali ini seorang wakil sekolah kami ~ saudara Teh Shun Hua berjaya memenangi tempat ketiga dalam acara ping pong perseorangan lelaki. Meskipun prestasi murid perlu ditingkatkan lagi, namun semangat kesukanan mereka tetap harus dibanggakan dan boleh dicontohi oleh pemain-pemain yang akan datang.

Gambar Aktiviti

A)Acara Perseorangan:    

IMG_4650

IMG_4647

IMG_4662

B)Acara Bergu lelaki:  

IMG_4657

IMG_4654

IMG_4658

Saudara Teh Shun Hua menerima piala tempat ke-3

Sesi penggambaran pemenang bersama guru besar

Sesi penggambaran wakil sekolah bersama guru pengiring

IMG_4670 IMG_4672 IMG_4674

Majlis Perpisahan Cikgu Low Lea Hoon & Cikgu Nur Fadhilah

 

Nama Aktiviti Majlis Perpisahan Cikgu Low Lea Hoon &
Cikgu Nur Fadhilah
Tarikh 27.12.2011 (Selasa)
Tempat Dewan Sekolah
Ulasan Aktiviti

Pihak sekolah telah mengadakan majlis perpisahan untuk kedua-dua cikgu iaitu Pn.Low Lea Hoon yang telah berkhidmat selama 6 tahun dan Pn. Nur Fadhilah (Guru Agama) yang berkhidmat selama 2 tahun di sekolah kami. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan berterima kasih kepada dua orang warga pendidik atas sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan kepada sekolah selama ini.
Pn. Low Lea Hoon telah ditukarkan ke SJK(C) Hwa Min, Batu Pahat untuk meneruskan amanahnya manakala Pn. Nur Fadhilah telah menerima tawaran Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Barisan Jemaah Pengurus dan PIBG berharap kedua-dua cikgu dapat meneruskan perjuangan mereka dan menjadi seorang pendidik yang cemerlang.

Gambar Aktiviti

 

P1030106

 

P1030116

P1030105

P1030099

Ucapan Pn.Low

Ucapan Cikgu Fadhilah

Ucapan Pengerusi PIBG

Ucapan Guru Besar

P1030122

P1030117

P1030119

P1030124

Penyampaian cenderamata kepada Pn.Low

Penyampaian cenderamata kepada Cikgu Fadhilah

Wakil murid melayu menghadiahkan cenderamata

Wakil murid Cina menghadiahkan cenderamata kepada Pn.Low

P1030126

P1030129

P1030155

P1030161

Sumbangan ikhlas daripada Pn.Low kepada sekolah

Sesi penggambaran semua warga pendidik sekolah

Sesi penggambaran bersama Cikgu Low Lea Hoon

Sesi Penggambaran bersama Cikgu Fadhilah

Sesi berjambat tangan:  
P1030141 P1030134

Jamuan khas untuk Cikgu Low L.H:  
P1030177 P1030182

Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah 14.10.2011 (Jumaat)

 

Pada 14hb Oktober 2011, pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah di bawah suasana yang cukup meriah dan gembira. Guru Penolong Kanan Kokurikulum ~ Cik Ng Chiau Lyn dan semua murid Tahun 6 telah merancang dan menjalankan pelbagai permainan sukaneka yang penuh mencabar dan menarik kepada semua murid di dewan sekolah. Semua murid dibahagikan kepada 4 pasukan iaitu pasukan Merah, Kuning, Biru dan Hijau. Berikut ialah keadaan murid-murid semasa terlibat dalam permainan.

 

IMG_3059 IMG_3071 IMG_3073

 IMG_3080

 

IMG_3079

Nama aktiviti:Pas bola pingpong

Peserta:Murid Tahun 1 & 2

Nama aktiviti:Kutip beg kacang

Peserta:Murid Tahun 3 & 4

imageimage
image 
image

image

image

image

Nama aktiviti:Pertandingan bola keranjang

Peserta:Murid Tahun 5 & 6

Nama aktiviti:Pijak belon

Peserta:Semua murid (terbuka)

Setelah semua aktiviti sukaneka tamat, keputusan pertandingan pun diumumkan. Pasukan yang mendapat johan keseluruhan ialah pasukan Merah. Semua ahli pasukan tersebut pula mendapat hadiah kecil sebagai tanda kemenangan.

image

Keputusan Sukaneka

image

Ketua Pasukan Merah menerima hadiah

image

Ahli-ahli pasukan Merah membahagikan hadiah kecil

Selepas itu, semua murid beratur ke kantin untuk menikmati makanan enak yang disediakan oleh pengusaha.

image image image

Setelah menikmati makanan, semua murid balik ke bilik darjah masing-masing untuk menyertai cabutan bertuah dalam kelas. Pelbagai hadiah yang cantik telah disediakan untuk dicabut dan dimenangi oleh murid-murid sekalian.

Seterusnya, tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh semua murid, iaitu cabutan besar-besaran yang diadakan di dewan sekolah. Seperti tahun-tahun lepas, pihak sekolah menerima banyak dermaan dan sumbangan daripada syarikat dan pihak luar yang murah hati. Majlis dimulakan dengan ucapan Guru Penolong Kanan 1 ~ Pn.Ee Poh Lee selaku wakil Guru Besar menyampaikan sepatah dua kata. Kemudian, acara cabutan bertuah dipengerusikan oleh Cikgu Koo Lay Geck. Pihak sekolah telah menjemput Timbalan Jemaah Pengurus, pengerusi PIBG dan para ibubapa menampil ke pentas untuk mencabut dan menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang bertuah. Berikut adalah reaksi-reaksi para penyampai dan penerima:

image image image
image image image
image image image
image image image

Sesi penggambaran murid yang bertuah bersama para penyampai hadiah.

Sampai penghujung majlis, pihak sekolah telah menyediakan beg-beg makanan ringan untuk semua murid bawa balik ke rumah. Semoga semua murid dapat bergembira dan bersyukur terhadap apa yang mereka perolehi pada hari yang bermakna ini.

image image image

Sesudahnya semua murid balik ke rumah, maka sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah pada tahun ini pun ditamatkan dengan sempurna.

Majlis Perpisahan Cikgu Lee Yee Peng 19.08.2011 (Jumaat)

r

Pada 19hb Ogos 2011, semua warga sekolah berberat hati mengadakan Majlis Perpisahan Cikgu Lee Yee Peng di dewan sekolah. Cikgu Lee yang berkhidmat selama 9 tahun 2 bulan di sekolah kami telah dinaik pangkat menjadi Guru Penolong Kanan (HEM) dan ditempatkan ke SJK(C) Yaw Shan, Pontian. Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah. Seterusnya, murid-murid Kelab Tarian telah mempersembahkan sebuah tarian yang penuh keaktifan.

P1020038 P1020048

Majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid iaitu saudari Koo Jia Le. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Lee atas pengajaran dan sumbangan beliau kepada murid dan sekolah selama ini. kemudian, Guru Besar ~ En.Tan Choon Jin pun tampil ke pentas memberi penghormatan dan penghargaan terhadap jasa dan hikmah yang telah Cikgu Lee curaikan kepada pihak sekolah. Selain itu, beliau juga merestui Cikgu Lee mempunyai masa depan yang gemilang dan berharap beliau sentiasa dapat kembali sekolah menziarahi rakan-rakan sebaya sekiranya ada masa lapang.

P1020053 P1020056

Tibalah saat kemuncak majlis perpisahan iaitu penyampaian ucapan perpisahan Cikgu Lee kepada semua warga sekolah. Dalam ucapan beliau, Cikgu Lee telah berhujah beberapa perkara seperti berikut:

  • Kerinduan ~ Beliau sangat rindu akan masa perjuangan bersama rakan-rakan sejawat dan masa pengajaran dan pembelajaran bersama murid-murid selama ini.
  • Berterima kasih ~ Beliau amat bersyukur dan berterima kasih atas dorongan, bimbingan, didikan dan bantuan yang telah diberi oleh Guru Besar dan rakan-rakan guru sekalian.
  • Berdoa & berharap ~ Beliau berharap semua murid sekolah ini mempunyai masa depan yang cerah terutamanya murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada bulan depan nanti. Semoga mereka dapat mencapai keputusan yang membanggakan.
P1020057IMG_2759

Setelah habis ucapan Cikgu Lee, majlis disambungkan dengan persembahan-persembahan bertema“ Berterima Kasih”daripada murid-murid setiap darjah.

A) Persembahan tarian dan lagu《LU BIN HUA》

P1020068 IMG_2764 P1020074

B) Tarian《Party Rock Anthem》

P1020075 IMG_2772 IMG_2779

C) Mendeklamasi sajak《Terima Kasih Cikgu》

P1020081 P1020082

D) Persembahan tarian dan lagu《JIN NIAN XIA TIAN》

IMG_2784 IMG_2785 IMG_2786

E) Persembahan tarian dan lagu《LAO SHI》

IMG_2787 P1020091 IMG_2789

F) Persembahan tarian dan lagu《Our Story》

IMG_2791   P1020097

Selepas persembahan, wakil pihak sekolah, ketua dan penolong kelas tampil ke pentas menghadiahkan cenderamata kepada Cikgu Lee.

IMG_2797

  
Tahun 1

IMG_2799

Tahun 2

IMG_2800

Tahun 3

IMG_2801

Tahun 4

IMG_2802

Tahun 5

IMG_2803

Tahun 6

P1020098

Wakil sekolah

P1020108

Sesi penggambaran wakil-wakil bersama Cikgu Lee

Cikgu Lee pula membalaskan sebuah cenderamata kepada pihak sekolah. Cenderamata ini diterima oleh Pengerusi Bilik Guru ~ Cikgu Chu Peck Siang dan disaksi oleh Guru Besar serta Pengerusi PIBG sekolah ~ En.Lau Lai Kim.

IMG_2808Seterusnya, beberapa orang murid Tahun 6 telah menyediakan hasil kenangan kepada Cikgu Lee. Hasilan mereka ditayangkan melalui powerpoint dan video semasa majlis berlangsung.

P1020121 P1020122

Sampailah penghujung majlis, disertai lagu perpisahan berbunyi, semua warga sekolah tampil ke pentas berjabat tangan dengan Cikgu Lee sebagai tanda perpisahan. Suasana amat mengharukan semua hadirin.

P1020167 P1020163 P1020161
P1020159 P1020152 P1020172

Rakan-rakan guru juga amat berberat hati berjabat tangan sambil mengambil gambar bersama beliau sebagai kenangan manis yang terakhir di sekolah ini.

IMG_2810 P1020181 P1020186
IMG_2812 P1020184 P1020224

Pada pukul 7.30pm, Jemaah pengurus sekolah dan pihak PIBG telah mengadakan jamuan malam untuk Cikgu Lee di Restoran Steamboat Jalan Minyak Beku, Batu Pahat. Cikgu Lee ditemani oleh ibubapa beliau. Dalam jamuan tersebut, Pengerusi PIBG menyampaikan ucapan ringkas dengan berterima kasih kepada jasa dan sumbangan yang telah dicuraikan oleh Cikgu Lee selama 9 tahun yang lepas. Beliau berkata bahawa peninggalan Cikgu Lee adalah satu kerugian besar terhadap sekolah. Akan tetapi, jika tukar pandangan pemergian Cikgu Lee juga merupakan perkara yang patut bergembira, membanggakan dan meraikannya. Akhir kata, En.Lau mengucapkan tahniah dan merestui beliau mempunyai masa depan yang lebih gemilang. Semoga ada jodoh lagi, Cikgu Lee dapat kembali ke sekolah ini untuk berkhidmat.

P1020250   P1020253

Pengerusi PIBG menyampaikan jambangan bunga kepada Cikgu Lee. Timbalan Jemaah pengurus ~ En.Lee Kim Ker juga menyampaikan cenderamata perkhidmatan kepada beliau. Guru Besar pula menghadiahkan sebuah buku kenangan kepada Cikgu Lee.

P1020258 P1020259 P1020262

Penghujung jamuan, semua AJK Jemaah Pengurus dan PIBG serta guru-guru mengambil gambar bersama Cikgu Lee. \(^o^)/

P1020264 P1020266

Larian Serentak “1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia” 02.07.2011 (Sabtu)

 

Untuk menyambut seruan dasar“Satu Murid, Satu Sukan”yang disarankan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia~Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan aktiviti Larian Serentak “1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia”di seluruh Malaysia pada 2 Julai 2011 yang lalu.
Matlamat pelancaran larian serentak ini adalah memberi kesedaran kepada semua golongan masyarakat khususnya golongan murid tentang kepentingan penglibatan aktiviti sukan dalam kehidupan harian kita. Dengan matlamat ini, semua lapisan masyarakat digalakkan menyertai aktiviti larian ini demi mencipta Rekod Malaysia.

Pihak sekolah turut menyertai aktiviti ini pada jam 7.45 pagi di dewan sekolah.Berikut adalah gambar-gambar semasa aktiviti larian berlangsung:

  • Senaman Aerobik
clip_image002 clip_image002[5]
  • Perasmian Larian 1M1S1Malaysia oleh En.Lee Boon Hui (Naib Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah)
clip_image002[8] clip_image002[10]

  • Reaksi-reaksi peserta semasa larian~~
clip_image002[12] P1020009 P1020026
clip_image002[14] P1020015 clip_image002[16]

P1020022Sesi penggambaran semua peserta Larian 1M1S1Malaysia di penghujung perjalanan。

Pertandingan Catur MSSC Pintas Puding 24.03.2011 (Khamis)

 

Pada 24hb Mac 2011, pihak sekolah telah memilih dan menghantar 3 orang murid lelaki dan 1 orang murid perempuan untuk mewakili sekolah menyertai Pertandingan Catur Zon Pintas Puding Tahun 2011 yang bertempat di SK Parit Raja. Acara pertandingan catur ini merupakan salah satu acara permainan yang disertai oleh murid sekolah kami setiap tahun. Matlamat penyertaan pertandingan ini adalah mencungkil bakat murid-murid yang berminat dan berpotensi dalam permainan catur, seterusnya memberi latihan dan tunjuk ajar kepada mereka agar dapat meningkatkan dan memantapkan teknik permainan pada diri mereka.

Walaupun semua wakil sekolah kami tidak dapat memenangi sebarang anugerah dalam pertandingan catur kali ini, akan tetapi prestasi yang dicapai oleh wakil kami telah meningkat berbanding dengan tahun-tahun lepas. Semangat perjuangan mereka tetap harus dibanggakan dan boleh dicontohi oleh pemain-pemain yang akan datang.

P1010466 P1010468 P1010471
P1010475 P1010469 IMG_1521

Diharapkan murid-murid Kelab Catur sekolah kami dapat terus berusaha demi mencapai kejayaan yang lebih membanggakan pada tahun depan…!